olaaa...


Selasa, 16 Februari 2016

Permulaan baru 2016

hi.. nama aku rara.. cewah nama baru hahaha  dulu zaman belajar nama jaja. bila dah habis belajar terus tukar kepada nama Rara.. ehem2 Miss Rara..Selepas menamatkan pengajian di POLITEKNIK Merlimau Melaka hidup aku terus berubah. Aku membuat keputusan untuk terus tinggal di Melaka kerana aku sangat sayangkan negeri melaka. sejarah hidup aq dengan si dia dah berakhir..sebab apa?? biarlah rahsia..mungkin dah xde jodoh.. lagipun kesabaran setiap orang ada batasnya jugak.. banyak bende yang berlaku pada aq selepas habis belajar.. aku telah kehilangan seorang insan yang paling aku sayang dalam hidup ini.. rasa menyesal gila. aku anak yang teruk.. aku jarang sangat balik kampung.. tapi itu tidak bermaksud aku tidak sayangkan arwah abah cuma kekangan masa.aku nak ubah nasib kami.. aku taknak balik kalau aku takde duit.. aku ank cari duit supaya dapat ubah nasib kami sekeluarga,tapi sayang aku tak sempat, abah dah pergi meninggalkan aku tanpa sempat berjumpa dengan aku terlebih dahulu. aku redha dengan pemergian abah. aku cuma risaukan nasib kakak aku.. bukannya aku taknak bawak kakak aq tinggal dengan aq di melaka cuma situasi yg tidak sesuai.. alhamdulilah sekarang kakak aq tinggal dengan mak cik aku di kelantan.. aku sangat terhutang budi dengan keluarga pak cik yang banyak membantu aku dari zaman aku belajar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan